Melangkah Penuh Yakin dengan Sepatu Indah - custom made kasut pengantin perempuan online

 

Penampilan yang menawan dengan aturan langkah yang penuh gaya sudah semestinya menjadi dambaan setiap gadis. Kasut kahwin yang sesuai dan selesa adalah amat penting dalam menggayakan busana di hari persandingan.

 

 

 

Inspirasi Perkahwinan (Ogos 2014) Pg.152-155

 

Aksesori Kasut pengantin perempuan

Reka bentuk dan juga kesesuaian sepatu yang bakal digayakan sepatutnya perlu dititikberatkan agar anda tidak perlu menanggung perasaan tidak selesa sepanjang majlis. Masalah tidak mempunyai kasut pengantin perempuan yang selesa untuk dipakai mampu diatasi dengan adanya customized kasut kahwin yang semakin mendapat tempat di hati para mempelai.

 

Tip 1

Jenis sepatu yang sesuai untuk majlis persandingan

 

Panduan pemilihan kasut kahwin
1. Jika anda memilih resepsi outdoor, sepatu yang sesuai digunakan adalah dari jenis bertumit tinggi yang hanya berketinggian 2.5cm hingga 3.5cm. Pastikan reka bentuknya pula adalah ringkas dan daripada bahan yang tahan lasak.

2. Jenis sepatu pumps heals dan juga peeped toe amat sesuai untuk digayakan untuk resepsi indoor.

3. Jika kaki anda adalah dari jenis yang besar dan berisi, elakkan daripada memakai sepatu dari jenis sandal keranaia akan menjejaskan penampilan anda.

4. Bagi anda yang gemar tampil dengan personaliti yang seksi dan memikat, elemen lace dan juga warna merah serta hitam mampu merealisasikan penampilan pilihan anda itu. Anda akan tampak lebih menggoda jika mengenakan sepatu yang berciri sebegitu.

 

Inspirasi Perkahwinan kasut pengantin perempuan online 2

 

Kombinasi warna sepatu yang sesuai

â— Silver Sparkling & White
â— Gold & Blue
â— Gold & Red
â— Light Yellow & Silver

 

Tip 2

Warna sepatu yang sesuai dengan pelbagai jenis warna busana perkahwinan:

â— Silver
â— Ivory White
â— Gold
â— Bronze
â— Dark Grey

 

 

Bagi mendapatkan kasut pengantin perempuan yang sesuai dan juga selesa, anda perlulah tahu akan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sepatu. Antaranya adalah:

Satin
Bahan satin adalah bahan yang seringkali digunakan untuk membuat sepatu perkahwinan.

Glitter Cloth
Bahan sebegini amat sesuai untuk mereka yang ingin tampil dengan gaya moden.

Lace
Bagi mereka yang gemarkan tema pantai dan juga taman, bahan sepatu daripada lace ini amat sesuai untuk membangkitkan mood lebihsantai dan juga suasana yang selesa.

Mesh
Mesh adalah satu bahan sepatu yang membenarkan pengudaraan di dalam kasut kahwin anda agar pemakaian sepatu menjadi lebih selesa dan juga tidak panas.

 

Kelebihan kasut kahwin custom made

✔ Lebih selesa untuk dipakai kerana saiznya yang bertepatan dengan ukuran dan bentuk kaki anda
✔ Mempunyai reka bentuk kasut yang tidak menyamai orang lain.
✔ Anda boleh selaraskan ketinggian tumit sepatu mengikut keselesaan
✔ Tidak perlu risau dengan saiz kerana lazimnya kedai yang memberikan perkhidmatan kasut kahwin custom made mampu menyediakan kasut pelbagai saiz bermula dari saiz kecil ke kasut saiz besar 28-46.

 

 

Langkah-langkah membuat tempahan kasut pengantin custom made

Cheyenne Looi merupakan seorang pemilik butik kasut Kate Mosella dan berpengalaman dalam mereka bentuk kasut customized . Mempunyai masalah dalam pemilihan sepatu ketika hari perkah winannya mendorong dirinya untuk menjalankan perniagaan custom made kasut khusus untuk bakal pengantin di luar sana.

 

1. Tentukan jenis baju yang ingin anda gayakan ketika majlis perkahwinan

2. Ukur kaki dengan menggunakan alat pengukur kaki untuk mendapatkan ukuran sepatu yang tepat.

3. Pilih reka bentuk sepatu yang sedia ada atau dari rekaan anda sendiri.

4. Cuba sampel sepatu yang tersedia ada dan juga seakan hampir dengan saiz kaki anda. Berikan maklum balas mengenai kasut yang telah dicuba itu sama ada bersesuai dengan kaki atau tidak.

5. Tapak kaki anda sekali lagi akan diukur dengan melukis bentuk kaki pada sehelai kertas.

6. Ukuran akan dihantar kepada pembuat sepatu dan pembuat sepatu akan menyiapkannya dalam masa tiga minggu.

7. Setelah siap, anda akan dihubungi dan sesi fitting sepatu akan dilakukan.

8. Jaminan pada keadaan sepatu yang diberikan merangkumi tapak, gam dan juga aksesori yang ada pada kasut pengantin perempuan.

 

 

Inspirasi Perkahwinan kasut pengantin perempuan online

 

 

Tags: kasut